THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Monday, August 23, 2010

Sia-sia berpuasa jika tak jaga solat fardhu

Puasa tetapi tidak solat bukan isu baru namun perlu dibangkitkan untuk perbincangan supaya amalan sepanjang Ramadhan tidak menjadi sia-sia kerana sesetengah umat Islam begitu menjaga ibadah puasa namun solat diabaikan. Ibadat puasa menjadi sia-sia jika seseorang itu tidak menunaikan solat wajib lima waktu kerana matlamat puasa untuk meningkatkan ketakwaan kepada Allah dan jika tidak solat, maka tiada apa yang hendak ditingkatkan. Solat adalah amalan pertama yang dihisab di akhirat nanti, bukanlah puasa, haji, zakat atau infak yang kita buat. Jika difikirkan kembali, umat Islam terlupa yang mereka melakukan kesilapan secara tidak sedar di bulan Ramadhan ini. Hal ini dapat dilihat terhadap salah meletakkan keutamaan pada tempat sepatutnya seperti menunaikan solat sunat Tarawih secara berjemaah di masjid tetapi solat wajib tidak diusahakan untuk berjemaah sedangkan sudah jelas ganjaran 27 pahala.  Jika disentuh mengenai amalan sunat pula, ramai yang tidak memahami keutamaan mensia-siakan peluang depan mata dengan meninggalkan solat sunat Isyak kerana lebih menumpukan solat sunat Tarawih. Hal ini perlu kita renungkan kembali agar dapat meningkatkan amalan Ibadah kita bukan sebaliknya.

Wednesday, August 11, 2010

Apa langkah kita untuk membantu masalah umat Islam?

Assalammualaikum...
Ini adalah entry saya yang pertama..
Apabila difikirkan kembali tentang apa yang berlaku pada umat Islam masa kini, salah satunya adalah bala dari Allah SWT terhadap hambanya yang makin lalai dengan perintah dan suruhanNya. Apa yang ingin saya ketengahkan adalah isu "haruan makan anak'' dan ''harapkan pagar, pagar makan padi" ataupun lebih jelas lagi boleh dispesifikasikan dengan maksud sebenar iaitu "SUMBANG MAHRAM''. Ini bukan kes baru, ia telah wujud berpuluh tahun dahulu. Tetapi isu ini tidak pernah selesai hingga ke akhir ini. Kenapa? hal ini kerana si pelaku ( bapa @saudara lelaki) tidak mempunyai rasa perikemanusiaan terhadap mangasa (anak @ adik perempuan). Apa yang terfokus di minda mereka hanyalah untuk memenuhi nafsu serakah yang membuak-buak. Isu ini telah lama dibincangkan dari segi faktor penyebab perbuatan ini berlaku. Antara punca utama adalah lemahnya iman, tandusnya ilmu pengetahuan agama dan membiarkan diri dikuasai nafsu. Tetapi adalah tidak memadai hanya dengan andaian dan pandangan kita sahaja mengenai punca perbuatan ini. Di manakah usaha kita? kita sebagai sesama umat Islam khususnya tidak boleh menunding jari pada sebelah pihak sahaja. Masalah umat adalah masalah kita bersama. Sebagai contoh ramai daripada ahli masyarakat mengatakan bahawa didikan agama yang kurang berpunca daripada ibu bapa yang tidak menekankan hal-hal dan ilmu agama. Bagaimana jika nenek moyangnya juga tidak magajar ilmu agama pada kedua ibu bapa tersebut? Jika diikutkan, mereka juga patut dipersalahkan. Apabila berhadapan dengan kelompok masyarakat seperti ini, apa yang patut kita lakukan sebagai umat sesama manusia? ini lah tugas kita sebagai pendakwah. Pendakwah tidak merujuk kepada mereka yang alim ulama' dan mempunyai status sebagai pendakwah sahaja. Tetapi dakwah ini merujuk kepada semua golongan umat Islam. Di Malaysia khususnya, telah wujud pelbagai badan-badan dan pertubuhan dakwah Islamiah samaada milikan kerajaan ataupun swasta. Tetapi kita tidak boleh bergantung pada pertubuhan ini semata-mata kerana banyak lagi tanggungjawab dan amanah yang perlu mereka tunaikan. Jadi sebagai ahli ummah, kewajipan menegakkan makruf adalah tugas kita yang hakiki. Sahutlah slogan "seorang umat Islam, satu amar ma'ruf, satu nahi mungkar" sekurang-kurangnya setiap umat Islam dapat berbakti pada agama dan meringankan beban satu pihak sahaja dalam menyelesaikan misi dakwah dan agama Islam sendiri. Jika kita tidak memulakan, tiada siapa yang hendak mengakhirkannya. Renung-renungkanlah dan hayatilah nikmat Islam.
Wassalam....

Monday, August 9, 2010

ahlan wa sahlan

assalammualaikum....
alhamdulillah  saya berpeluang membina sebuah blog diri saya sendiri...