Puasa tetapi tidak solat bukan isu baru namun perlu dibangkitkan untuk perbincangan supaya amalan sepanjang Ramadhan tidak menjadi sia-sia kerana sesetengah umat Islam begitu menjaga ibadah puasa namun solat diabaikan. Ibadat puasa menjadi sia-sia jika seseorang itu tidak menunaikan solat wajib lima waktu kerana matlamat puasa untuk meningkatkan ketakwaan kepada Allah dan jika tidak solat, maka tiada apa yang hendak ditingkatkan. Solat adalah amalan pertama yang dihisab di akhirat nanti, bukanlah puasa, haji, zakat atau infak yang kita buat. Jika difikirkan kembali, umat Islam terlupa yang mereka melakukan kesilapan secara tidak sedar di bulan Ramadhan ini. Hal ini dapat dilihat terhadap salah meletakkan keutamaan pada tempat sepatutnya seperti menunaikan solat sunat Tarawih secara berjemaah di masjid tetapi solat wajib tidak diusahakan untuk berjemaah sedangkan sudah jelas ganjaran 27 pahala. Jika disentuh mengenai amalan sunat pula, ramai yang tidak memahami keutamaan mensia-siakan peluang depan mata dengan meninggalkan solat sunat Isyak kerana lebih menumpukan solat sunat Tarawih. Hal ini perlu kita renungkan kembali agar dapat meningkatkan amalan Ibadah kita bukan sebaliknya.
Monday, August 23, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment